Saturday, December 8, 2012


      MIMPI

Kunyala  lantera malam
berbalam  di kala kelam
kududuk berteleku siku
menanti bisik-bisik kalbu

Badan perit kurasa
pinggang meratap hiba
lantas kurebah tubuh lara
di atas pembaringan mesra
manja dipeluk gelita

Dengkur yang sendu
nafas yang sebu
minda bermain ilusi
meneroka alam fantasi

Alam khayal mula berkuasa
lenyap dunia nyata
daripada kelu menjadi ramah
bibir berbicara resah

Cemas hati sang isteri
“bangun, abang bermimpi,
sebelum tidur basuhlah kaki,”
Sinis madah diberi.

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
9 Disember 2012

No comments: