Saturday, December 8, 2012


MESYUARAT TINGKAP

Mesyuarat tingkap nama diberi
pengasasnya  P Ramlee
dalam cerita Do Re Mi

Jendela sudah dibuka
Sidangpun bermula
tiada peneraju
tiada agenda tertentu

Anggotanya para suri
tidak  perlu daftar diri
tidak menentu jumah sidangnya
boleh jadi  satu, boleh menjadi dua
atas kelapangan semua
para ahli bebas bersuara
tiada perlembagaan mengawal acara

Yang rumit yang kusut dierai bersama
Daripada isu lampin bayi
hinggalah resipi  terkini
menu untuk hidangan sang suami
meleret pula ke cerita sensasi
perihal  jiran cuba  diterokai

Selesai sudah segala urusan
selesai sudah segala tugasan
mohon dikongsi segala pendapat
bukan  mengeji  bukan  mengumpat
niat yang ikhlas mendapat berkat

Ilham:

Muhamad Amin
SMK Serian
9 Disember 2012

No comments: