Friday, December 14, 2012


SIDANG WARGA RIMBA
Warga unggas  bersidang
pelbagai usul dibentang
sang kancil  minda geliga
di tampuk kerusi pemudah cara
semua muafakat sebulat suara

Mukadimah mula bicara
pesanan untuk semua
usah tabur batu-batu  sengketa
kita himpunkan manik-manik cinta
kita semai benih-benih asmara
amalan tradisi  kita
yang gagah itulah kuasa
yang lemah merana  derita
kita buat transformasi
agar semua generasi
menjadi warga harmoni

Hadirin yang dihormati,
ini zaman teknologi tinggi
setiap warga rimba
sama-sama gembelengkan tenaga

Dengar di luar sana
bingit suaranya
itu bukan ngauman Pak Belang
itu bukan hentakan kaki Pak Belalai

Lihatlah di luar sana
pupus naungan  kita
ayuh pindah segera
tapi, ke  mana ya?

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
15 Disember 2012




No comments: