PELAYARAN PENUH ALPA
Ketika melayari bahtera
betapa pilu
rasanya
daratan
meratap hiba
kerana ditinggalkan begitu
sahaja
tanpa
sebaris kata-kata
tepian
pantaipun begitu juga
timbul
kekesalan dalam jiwa
mengapa
jadi begini?
dalam
mengharung alun budi
mencantum
manik-manik di sanubari
tanpa
menoleh ke kanan atau ke kiri
terus
meluncur laju
bersama puputan bayu
sayup-sayup
berbisik sayu
kicauan
unggas merayu
namun terus
meluru
ada pesta membiru
tanpa
keredaan-Mu
luput dalam
ingatan
leka yang melampaui
batasan
seketika
mendung kelabu
awan lara
berarak lesu
beralun
ombak sengketa
berdendang
irama duka
sebak
menerjah dada
terumbang-ambing
yang memualkan
segera putar haluan
berpatah ke
tepian
masih belum
terlambat
tafakur dan
munajat
sebak menadah
tangan
kepasrahan penuh keinsafan
mohon
keampunan-Nya
memohon
restu-Nya
mohon
keredaan-Nya
kealpaan
yang keterlaluan ini
adalah
kedhaifan insani
sentiasa
dekatkan diri
berusaha
menghayati kebesaran Ilahi
Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
29 Disember
2012