PADA RUANG INI
Pada ruang
terbentang ini
dengan beralas
permaidani
lalu kita
menginai jari
lambang
cinta sejati
dengan
lafaz berteguh janji
di ufuk
nurani
Pada ruang terhampar ini
dengan
semburan haruman kasturi
lalu kita
bina teratak wangi
lambang
kasih abadi
dengan
bicara subur bersemi
tersemat di
hati
Ruang semakin semak dan lusuh
irama dan
melodi kian angkuh
sebelum
bunga-bunga luruh
jangan
biarkan mahligai runtuh
kita bina
pacakkan tiang-tiang kukuh
Dengan
iringan sejambak doa
mohon restu
Yang Maha Esa
Ilham:
Muhamad
Amin
SMK Serian
6 Disember
2012
No comments:
Post a Comment