Wednesday, December 19, 2012


DERITANYA SUDAH  SIRNA 

Datang si anak rusa
membawa khabar duka
sebak dihimpit cemas
kerana hamparan hijau tewas
hutan  bata melata
masih tercari-cari di mana floranya

Lari menagih  suaka
anjing menyalak hiba
lenguh kaki memijak lara
lalu kaki tersandung luka
sesak nafasnya

Di sana cerita payah
denai pemburu lelah
leka menghambat fauna
rombongan perhilitan
kuasa ada di tangan
menanti pengadilan
ada sinar di wajah si anak rusa
syukur derita sirna!

Idea:
Muhamad Amin
SMK Serian
18 Disember 2012






No comments: