Saturday, December 22, 2012


WAYANG
Pentas dibuka
mantera dibaca
acara dimula
penonton duduk bersila

Gong dipalu
alunan melodinya  merdu
Seri Rama dan Sita Dewi
wira dan wirawati
lalu mereka menari
Hanuman mencelah
semua gelisah

Pandai Pak Dalang
bermain wayang
di belakang tabir mengadun suara
ikut bicara wataknya
pancaran cahaya
muncul wajah aneka warna

Persembahan penuh ritual
upacara penuh sakral
kekalkan budaya warisan
tidak hapus ditelan zaman
dicatat dalam kalendar rasmi
bersaing dalam era globalisasi

Nukilan:
Muhamad Amin
SMK Serian
20 Disember 2012


No comments: