Friday, December 28, 2012


HEBATNYA  KENYALANG
Walau di mana  saja
gah namanya
menjadi idola
lambang kebanggaan
lambang kegagahan
lambang kekuasaan

membawa berita gembira
terus menebar sayapnya
bersama keris nan sakti
dengan izin kami
lalu bertakhta di bumi pertiwi
namanya  tetap bersemi
jadi anugerah pingat terpuji
inspirasi jata rasmi negeri

Itulah semangat si enggang
dalam Gawai Kenyalang
bergelar Sengalang Burung
sebagai dewa perang
dalam lagenda
kuasanya  petara
dalam upacara  dipuja
namun, pujanya  kian sirna
menipisnya dataran flora
disodok  jentolak sasa

Ini suatu petanda bencana
taufan nestapa melanda
warganya semakin duka
para pegawai penguasa
unggas-unggas  perlu dipulihara
rancang agenda perkasa
banyakkan taman negara
demi kesinambungan hayatnya
semakin merdu nyanyiannya
semakin mengepak sayapnya
semakin menebal asap ritualnya

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian

28 Disember 2012


No comments: