Sunday, December 16, 2012


DALAM PERJALANAN

Perjalanan ini
menuju suatu destinasi
lorong-lorong celaru telah kita selusuri
tampak berbalam puncak  Gunung Serapi
diselubungi kabus duka
sebentar lagi sirnalah ia
suria pula memancarkan sinarnya
lingkaran Jalan Matang yang beralun mesra
sebentar lagi bertambah ramah ia
dengan penuh hati-hati kuterus memandu
walaupun semakin laju menderu
kaududuk di sisiku penuh syahdu
nyenyak lenamu
seninya dengkuranmu
kau leka menitip nota-nota  ungu
kau asyik melakar lukisan rindu
dalam paparan kanvas biru
tidurlah dulu wahai puteriku
teruskanlah mimpimu
perjalanan kita masih berliku
masih jauh mengharung debu yag sebu
dengan hati yang tabah
kau pasti akan turuni  lurah  yang payah
kelak bangunmu nanti
kau akan jumpa menara yang kaucari
Insya’Allah dengan restu Ilahi

Nukilan:
Muhamad Amin
Politeknik Kuching, Jalan Matang.

16 Disember 2012

No comments: