Friday, December 14, 2012


BELANG YANG MALANG

Sang belang
kaukecundang
penuh bermaruah
kami pasrah
biar tok gajah berpesta
peneraju  berkata
ini bukanlah pengakhiran segalanya
angkara peneraju keadilan
rentak gangnamnya yang sumbang
kaumenerima nasib malang
usah berhati walang
masih ada agenda perlu diisi
buat refleksi
mantapkan  strategi
       tingkatkan prestasi
arena Asia bakal tiba
kita cuba menggapai juara

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
14 Disember 2012

No comments: