Saturday, December 29, 2012


PELAYARAN PENUH ALPA
Ketika  melayari bahtera
betapa pilu rasanya
daratan meratap hiba
       kerana ditinggalkan begitu sahaja
tanpa sebaris kata-kata
tepian pantaipun begitu juga
timbul kekesalan dalam jiwa
mengapa jadi begini?
dalam mengharung alun budi
mencantum manik-manik di sanubari
tanpa menoleh  ke kanan atau ke kiri
terus meluncur laju
bersama puputan   bayu
sayup-sayup berbisik sayu
kicauan unggas merayu
namun terus meluru
ada pesta  membiru
tanpa keredaan-Mu
luput dalam ingatan
leka yang melampaui batasan
seketika mendung kelabu
awan lara berarak lesu
beralun ombak sengketa
berdendang irama duka
sebak menerjah dada
terumbang-ambing yang memualkan
segera  putar haluan
berpatah ke tepian
masih belum terlambat
tafakur dan munajat
sebak menadah tangan
kepasrahan  penuh keinsafan
mohon keampunan-Nya
memohon restu-Nya
mohon keredaan-Nya
kealpaan yang keterlaluan ini
adalah kedhaifan insani
sentiasa dekatkan diri
berusaha menghayati kebesaran Ilahi

Ilham:
Muhamad  Amin
SMK Serian
29 Disember 2012

No comments: