Wednesday, December 19, 2012


MENJADI HIASAN HIDUPKU

Lirik lagumu
mengusik jiwaku
cuba kaucatatkan
akan kuabadikan
dalam album kenangan

Dendanganmu
merdu menusuk hatiku
cuba kaupersembahkan
akan kunyanyikan
di kala kukesunyian

Bait-bait puisimu
buat halwa telingaku
cuba kau deklamasikan
akan kujilidkan
dalam antologi zaman

Potret kasihmu
indah menawan  kalbuku
cuba kaulakarkan
akan  kupaparkan
di kamar kesepian

Madah cintamu
membuatku terkedu
cuba kaubisikkan
akan kujadikan
pengubat hati yang rawan

Akan kucurahkan segalanya
buat santapan jiwamu
kasih sayangmu
cinta sucimu
jiwa ragamu
akan bertakhta di lubuk jiwaku
menjadi perhiasan hidupku

Nukilan:
Muhamad Amin
SMK Serian
17 Disember 2012

No comments: