Saturday, September 6, 2008


Perpaduan Menjana Negara Cemerlang
Masih Kau Ingat Lagi?
Cerita Ngeri
13 Mei Masih Terpahat Lesu
Pada Tugu Yang Layu

Masing-Masing Dibelenggu Keresahan
Cuba Menegak Kebenaran
Akibat Terlalu Asyik Bermain Emosi
Membahang
Bagaikan Api
Lalu Membakar Diri

Itulah Cerminan Kealpaan
Setiap Warga Merdeka
Yang Baru Mengecap Angin Kebebasan

Politik Serta Ekonomi
Cuba Dimonopoli
Oleh MerekaYang Haloba
Sentimen Perkauman
Kian Menebal
Lalu Sukar Dikawal

Hampir Empat Dekad Kini
Melayu, Cina, India Dan Peribumi
Hidup Bersatu Hati
Demi Negara Bangsa
Khazanah Negara Dikongsi Bersama
Atas Slogan Dasar Ekonomi Negara

Usah Dinyanyikan Lagi
Lagu Kelu Tanpa Nada
Usah Ditarikan Lagi
Rentak Sumbang Tanpa Irama

Ayuhlah Kita Bersama
Menjana NegaraKe Arah Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang
Sejarah Resah Tidak Akan Berulang
Demi MegisiWawaaan 2020
Menjadi Reality.

Ciptaan: Cikgu Muhddamine
21 April 2008

**sajak ini telah dipertaruhkan dalam karnival Lagu Puisi
Peringkat Bahagian Samarahan.
pada 22 April 2008
nasib tidak menyebelahi peserta-peserta yang mewakili SMK Serian.
Terima kasih kepada Cikgu Addy Shamsul atas kerja/bantuan yang diberikan.

Sunday, August 17, 2008


HADIRMU DI SINI
(khas buat Tuan Haji Rambli Zainuddin –
Sempena ulang tahun pertama sebagai Pengetua di SMK Serian)

Hadirmu di sini

tepat pada saat begini
ketika merdunya sang unggas berseloka
ketika embun pagi menitis manja
ketika pawana dingin menerpa mesra
ketika langit kelam mengarak awan lara
seketika lalu iapun sirna

Di tanganmu tergenggam erat
tersurat suatu misi yang padat
tersirat suatu visi yang bermatlamat
tegaklah sebuah slogan yang ranum
berpaksikan ICT yang harum
“yang terbaik, yang unggul, dengan suatu kelainan”
berkobarlah semangat warga yang berwawasan

Dengan kolokium yang terlaksana
keenakan halwanya jadi pembuka selera
jadi santapan bersama
dari fantasi menjadi realiti
penggerak kreativiti minda kami
membentuk kesatuan yang harmoni

Dengan agenda keramatmu
telah mendorong kami mengatur langkah maju

kami berusaha mendapatkannya
kami berusaha memilikinya
kami berusaha menguasainya

Berurusan di alam maya
tanpa mengira ruang dan masa
tetap memartabatkan nilai murni
dengan keutuhan sopan dan budi

Lalu, dengan kehadiranmu di sini
memberi nilai tambah kepada kami
dalam mengharungi arus globalisasi

dengan hasrat melahirkan modal insan bestari

Idea
Cikgu Muhamad Amin
SMK Serian

16 Ogos 2008

Friday, August 8, 2008

Di Tanah Sebidang Ini

Di tanah sebidang ini
hendaklah kau terokai
dengan parang mindamu
dengan cangkul intelekmu

Di tanah sebidang ini
hendaklah kau tanami
dengan benih-benih keimanan
dengan pohon-pohon ketakwaan

Di tanah sebidang in
itelah kau terokai dan tanami
kini menghasilkan buah-buah kecemerlangan
perit jerihmu meniti kegemilangan

Di tanah sebidang ini
akan kau tuai sendiri
nikmat keringat kegigihanmu
segar mewangi bak haruman narwastu

Oleh:Cikgu Muhamad Amin Bacho
SMK Serian
28 Sept 2007

Selamat Datang 2008

Rasanya masih belum terlambat
Mengucapkan selamat datang 2008
Selamat tinggal 2007
dengan pelbagai nostalgia

Kekejaman malam menyayat hati
korban Nurin Jaslin masih diratapi
jalang dan dalang masihkah bersembunyi?

Mat ragut mat rempit
masih teruskan agenda pahit?
atau sudah mengubah haluan keinsafan?

Yang manisnya
Dr Sheikh Muszaphar Shukor
mengukir nama di persada dunia
Menjadi idola seluruh generasi berwawasan

Kalendar 2008 mula dibuka
kehilangan Sharlinie
masih menjadi misteri
adalah rentetan
peristiwa ngeri Nurin Jaslin

Minyak sawit pula
mencetus kontroversi
cerminan manusia
mengisi kantung peribadi
memaksa campurtangan para menteri

Ops demi ops dilancarkan
bangga dengan angka sudah menurun
namun tragedi ngeri masih menghantui perasaan
bilakah akan menjadi sifar?

Batu-batu tajam bakal diharungi
menadah tangan memohon limpah-Nya
dalam mengharungi ombak 2008
siap sedia menghadapi arus cabaran
akan menjadikan kita lebih matang

Ilham: Cikgu Muhamad Amin bin Bacho
SMK SERIAN

Di Ambang 1 Muharram

Di ambang satu Muharram ini
Bukan sekadar ke Padang Merdeka
menghitung detik “count down”
Bukan sekadar limpahan cahaya bunga api
Bersamalah kita mengimarahkan masjid dan surau
Disulami doa akhir tahun dan awal tahun

Misi kita menjejaki Sunnah Rasul dan Kitabullah
Gema laungan berhijrah
Sudahkah terlaksana azam terdahulu?
Bagaimana azam mendatang?

Berjuang menegakkan syiar Islam
Allahu Akbar Allahu Akbar
Laungan keramat mengisi kekosongan alam

Di lembah nan gersang
Dibajai nur keimanan
Ditanami pohon-pohon ketakwaan
Untuk dituai hasilnya setahun mendatang

Di pintu Maal Hijrah ini
Dinihari disirami embun tasbih
penuh syahduMemuji-Mu
ya Rabbi ya Rahman
Menginsafi kebatilan diri
Berazam, bertekad menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar

Ilham: Cikgu Muhamad Amin bin Bacho
SMK SERIAN

SEKETIKA DI PANGKALAN FERI SUNGAI BULOH

Feri berlepas
di celah-celah arus deras
air mengalir ganas

Para penumpang silih berganti

tenang berdiri
menggalas seribu harapan

destinasi idaman
selamat sampai tanpa rintangan
Itulah nikmat politik pembangunan

kalimat keramat menjadi pegangan
setiap peneraju budiman
hasil perancangan berstrategi

umpama sebuah ilusi
persada luas mampu diharungi

Serangkap madah penghargaan

ikhlas kami utuskan
cetusan rasa rakyat berwawasan
Karya:Muhddamine

Pengkalan Feri Sungai Buloh
22 mac 2008

TASIK DANU I

Lalu ungkapan lazim pun diucapkan
selamat datang kalian
nikmatilah kesegaran angin petang

jernih airnya sekilas pandang
Sekadar menghirup udara di pinggiran
dengan sebatang joran di tangan
berkocaklah air yang tenang

dengan si kecil berlari-lari riang
waspada
padah jangan diundang

Tercalar ketenangan
bot kawalan jauh meragut ketenteraman
siapakah mengaut keuntungan?

Lalu kupercepat langkah
berlari anak sekadar tiga pusingan

di dahi basah mengalir keringat
terlaksanalah hajat
tbersantai dan beriadah


Ilham:
Cikgu Muhamad Amin bin Bacho
Tasik Danu,
Serian
10 Feb 2008

Tasik Danu II

Ketika aku melewati teratakmu
tiba-tiba berarak mendung duka
bersama puputan bayu lesu
lalu membawa angin lara


Ketika aku melayari persadamu

tiba-tiba air yang tenang berkocak
bersama buih-buih sendu
lalu beralun menjadi ombak

Tersirat kepedihan
dada menjadi sebak
nafas kian sesak

Mengertilah
yang kauharapkan
kedamaian yang kauimpikan

kini tercalarlalu tercemar
cebisan-cebisan debu
melatari hamparan sucimu

Angkara siapakah?
adakah tangan-tangan yang ramah
bertukar menjadi serakah?
lalu gersang santun dan budi
bilakah akan jadi begini?

Ilham: Cikgu Muhamad Amin bin Bacho
Tepian Tasik Danu,
13 Februari 2008

LAMUNAN KASIH (BUAT ANAK-ANAK SMK SERIAN

Di persadanya megah kuberdiri
Melamun penuh kasih sejati
liku-liku perjalanan yang tidak berkesudahan
demi kecemerlangan anak-anak watan

Puputan bayu menyegarkan
begitu nyaman kurasakan
mencipta keheningan
menambah kedamaian

Jauh di atas rimbunan cemara
sekumpulan ciak riang berseloka
meraikan kejayaan barangkali
lepas bebas daripada ranjau berduri

Di langit mendung berarak hiba
tiba-tiba awan berlalu entah ke mana
bintang timur menampakkan seriny
apurnama menerangi alam semesta

Itulah lamunan mengimbau kasih
dari nurani suci dan bersih
cuma satu impian membara harapan
sebutir mutiara menjadi ganggaman kalian
lalu melangkah ke menara idaman

Ilham rasa,
Muhddamine
SMK Serian
17 Februari 2008

MEMANGKAH KEGEMLANGAN


Musim memangkah datang lagi
satu proses demokrasi
tanggungjawab anak watan
dengan kebijaksanaan
Manifesto dilancar

menegak yang benar

tradisi membela rakyat
itu yang terpahat
Ceramah demi ceramah

keringat diperah
bakti dicurah
rakyat dikerah

poster sana poster sini
dengan slogan penuh janji
Ramai-ramailah kita memangkah

silap pangkah mendatang padah

tunailah kewajipan
demi masa depan
gemilang anak berwawasan

Ilham:Muhddamine
Pekarangan Pejabat Daerah
Serian
24 Februari 2008

BERAKHIRNYA SEBUAH PESTA


Tamat sudah kita berpesta
kini tsunami melanda negara
bukan tsunami gempa bumi
ini tsunami arus demokrasi

Angin semilir meribut gundah

tercipta sejarah resah
lima negeri akur sudah

Inilah pilihan rakyat
arus perubahan menjadi hasrat
Peneraju yang menang

manifesto telah dicanang
agenda dirancang
harus dilaksana segala janji
dengan seikhlas hati

Yang kecundang

ini berita malang
yang tersungkur
harus berundur
Post-mortem dibuat
kaji sebab akibat

Usah bermain emosi

usah menuding jari
buat refleksi
kaji kelemahan diri
aspirasi rakyat
harus dipahat
di laman nikmat
yang tercalar
jadikan iktibar
ini suatu musibah
tapi tersedia hikmah

Ilham:Muhddamine
Kampung Sungai Apin,
Simunjan
9 Mac 2008

DI ATAS JAMBATAN SADONG


Di atas Jambatan Sungai Sadong ini
tabah, sabar dan yakin
kuselusurilorong-lorong perhubunganmu
tanpa bosan dan jemu
lantaran beban tugas yang belum tuntas.
Lalu dengan sengaja aku singgah pada suatu hari
di persadamu tenang dan tabah aku berdiri
di sebalik langit mega berarak mendung
aku renung membiru sebuah gunung
di kejauhan sana sepi kelihatan
lesunya Gunung Ampungan
awan lara di puncaknya
sebentar iapun sirna
lalu dingin terasa.
Aku melemparkan pandanganku ke bawah
tampak Sungai Sadong yang ramah
lalu berpuput bayu gemalai
airnya mengalir damai.
Namun sedamai-damai airnya yang manja
ada ketikanya lara membawa gelora
daripada longlai ia menjadi deras
menjadi garang lalu mengganas
dari hulu airnya menghilir
membawa hanyir banji
rsudah tidak terbilang
korban yang malang.
Antara Gunung Ampungan dan Sungai Sadong
galak golongan marhaen mengisi kantung
jadi, para peneraju sanjungan budiman
di sebalik laungan pembangunan
apakah agenda kalian?

Oleh: Muhdamin
Serian17 Mac 2008

BENCANA


Senja berlabuh sendu
malam merangkak kelabu
angin semilir melangkah lesu
bahang membakar semakin terasa
bencana apa bakal melanda?
resah anak-anak muda
gelisah ibu bapa

Malam kian tua
akhirnya dibuai lena
kemuncak mengundang celaka
bayu yang lembut mengganas ribut
penghuni kecut, kalut dan kusut
syukur, tiada yang maut
semuanya gundah
teratak musnah
harta punah

Sang juara
kerahkan tenaga
di meja jawatankuasa
mengkaji sebab dan punca
tubuhkan segera tabung bencana
langkah longlai harus dipercepatkan
bantuan kilat amat diperlukan
segera buat pemulihan
mangsa yang sebak
harta yang retak

Ilham:
Muhdamin
Serian
20 Mac 2008

Ceritera Seorang Lelaki Tua


Dia seorang lelaki
bersama seorang gadis sunti
bertemankan sebatang tongkat usia
cerminan senja mendakap hiba
bersantai dia barangkali
kedamaian dicari

Kurenung seketika
amat kukenal rupa parasnya
namanya terpahat di persada negara
duta berwibawa di arena antarabangsa
mentor berkesan Jabatan Penyiaran
mesra wajahnya diwarnai kepuasan
lantaran langsai semuai tugasan
di celah warga marhaen kini
kelibatnya tanpa dipeduli

Kuhampiri dia
tangan kuhulur ceria
madah bersambut ramah
dengan suara serak-serak basah
pesanan kepada orang di luar sana
"turunlah apabila usia kita sudah tua,
beri peluang kepada mereka yang muda
berundurlah semasa kita masih disayangi
jangan berundur semasa semua orang sudah benci
cukup-cukuplah, rekod usah dicipta"
nasihat bernas idola berjasa
untuk semua warga setia

Ilham dan adaptasi berdasarkan:
Rencana dalam "Majalah Mastika" April 2008
Muhdamin, SMK Serian
23 Mac 2008

Puisi Buat Seorang Sahabat


(Buat tatapan Encik Sebastian Taka)

Sepi menggamit pilu
tahun 2001 merangkak lesu
kau datang ke persada yang layu
mengikis sisa-sisa debu yang celaru
warga SMK Serian sebu menadah sayu
menganyam mesra suatu amanah
tanggungjawab digalas ramah
tekun, yakin penuh tabah
membawa rahmat
penuh berkat

Wajahmu kian diterjah usia
setiap detik merangkak senja
parasmu segar sentiasa ceria
walau mengganas ribut melanda
akan tetap dihadapi dengan ketenangan
dugaan ditangani penuh kesabaran
contoh warga kerja berwawasan
buat panduan dan pedoman
abadikan dalam ingatan
sepanjang zaman

Sampailah saat ketikanya
pulangmu bukan buat selamanya
buat memenuhi syarat yang tersurat
suatu hakikat yang penuh nikmat
lepas bebas segala yang terikat
sebebas burung di angkasa
kini bergelar seorang pesara
warga emas pemanis kata
namun perlu waspada
bebas yang terbatas
jangan terbabas
langkah culas
jadi lemas

Wahai sahabatku
pada saat persaraanmu
jangan berasa gundah dan pilu
kami sentiasa bersama di sisimu
Tasik Danu akan setia menunggumu
Jambatan Sadong akan ramah melambai
Taman Ranchan tetap riang bersantai
tetap tersenyum Gunung Ampungan
itulah nostalgia membibit kenangan
semoga bahagia yang berkekalan
dalam doa bersalut harapan
kami tidak dilupakan

Ilham:
Cikgu Muhamad Amin
SMK Serian
26 MAC 2008

Refleksi Diri (Buat teman-teman yang bakal menerima APC 2009)

Cemerlangkah semua
Jika tinta penanya
gersang di tengah segara?

Gemilangkah semua
Jika nanyian lagunya

kelu tanpa nada?

Terbilangkah semua
Jika langkah tarinya
sumbang tanpa irama?

Cemerlanglah
Gemilanglah
Terbilangah
jika tinta penamu
bermadah di laut ilmu
jika tari dan lagumu
gemalai bersulam merdu

Menenang yang kalut
menghurai yang kusut
menampal yang rabak
menghibur yang sebak

Ayuhlah bermuhasabah diri
lalu membuat refleksi

Ilham:Muhdamin Bacho
Dewan Masyarakat Serian
Sempena Majlis APC
Peringkat Bahagian Samarahan
2 April 2008