Thursday, December 6, 2012


EPILOG KAMI BUAT TUAN

Tuan nan perkasa
kami mendengar khabar berita
dari puncak Putra di sana
meresap ke seluruh mandala

Bahawa kami yang kais pagi
akan dapat rezeki
amat kami syukuri
ringanlah beban kami
enaknya sebuku roti
mengganti  rebus ubi

Anak-anak  kami juga
akan diberi sama rata
kami terima seadanya
ringanlah  beban tahun baru
akan kami beli buku
baju dan kasut baru

Tuan budiman
habuan yang diberikan
limpahan nikmat pembangunan
hanya pujian dan sanjungan
semoga mendapat keberkatan

Ilham: Muhamad Amin
SMK Serian
6 Disember 2012


No comments: