Saturday, December 22, 2012


 MEMANCING KEHIDUPAN

Buat kesekian kalinya
kulontar jauh di sana
namun tiada yang sudi
mereka seolah-olah mengerti
apa sahaja yang menghampiri
bukan semua jadi rezeki
bala  jangan dicari

Kutukar umpan
pelbagai ramuan
berkocak air di permukaan
joran lalu kutarik
tenggiri  meronta lalu menjerit
tekak senangin  jadi perit

Memancing insan
bukan dengan  sebatang joran
bukan dengan cacing umpan
Dengan kepetahan menyusun kata-kata
merdunya suara gurindan seloka
taburan manik-manik janji
janji mesti ditunai di hamparan permaidani

Memancing integriti cemerlang
mengikis debu-debu jalang
menepis segala peluru  petualang
poket kosong jangan  dinganga
lempar sampul berlipat di bawah meja
berjabat  tangan tandanya erat
awas, tangan jangan digenggam rapat

Sikap ikhlas dan niat suci
penampilan mulia dan murni
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

nukilan:
Muhamad Amin
SMK Serian

21 Disember 2012



No comments: