Saturday, April 17, 2010

TERIMA KASIH GURUKU (II)

TERIMA KASIH GURUKU ( II)

Dalam meniti perjalanan ini
ranjau, onak dan duri
terpaksa ditempuhi
dengan penuh dedikasi

Nun di hadapan sana
kelihatan tompok-tompok hitam
lalu menjadi kabus dan kabut yang kelam
telah merencatkan agenda untuk terus mara
demi mencapai hasrat yang direncana

huraikan yang serabut
leraikan yang kusut
damaikan yang kalut
dendangkan irama bernada mekar
gerakkan tari berentak segar
tegak perkasa langkah pendekar

Misi dan visi arus perdana
merancakkan alunan melodi ria
mencetus semangat melonjak minda
lalu kabus dan kabut tebal menjadi sirna

Adunan kepelbagaian nilai tambah penuh inovasi
agenda dicerna menjadi satu transformasi
memperkasa sukan negara ke persada dunia
juara olimpik itulah hasratnya
memperkasa ilmu di celah-celah rimbunan belantara
supaya seiring kesuburan menara-menara batu di kota
jika sanggup ke sana menyemai bakti
habuan besar sedia menanti

Sempena 16 Mei yang keramat ini
ucapan terima kasih seikhlas hati
tanpamu, aku tidak akan jadi begini.
dengan iringan setulus doa
semoga bahagia dalam lindungan Yang Maha Esa


Oleh:
Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
17 April 2010

Thursday, April 15, 2010

JALUR-JALUR BERSEPADU


JALUR-JALUR BERSEPADU
Masih tegar dalam ingatan
imbauan 13 Mei menjadi igauan
tragedi ngeri terpahat layu
pada tugu yang luka berdarah lesu

Sejarah silam sekadar kenangan
jadikan teladan sepanjang zaman
ke arah meniti arus cabaran
perpaduan nasional teras impian.

Adunan lima prinsipnya menguntum mekar
ungkapan keramat mengharum segar
menjadi pemangkin ke arah warga harmoni
pelbagai etnik lambang variasi identiti

Bersama kita berganding bahu
kita bina jalur-jalur bersepadu
kita anyamkan warna gemilang
kita sulamkan rangkap terbilang

Seiring misi dan visi peneraju negara
laungan berbisa satu Malaysia
bergema merentasi jagat raya
megah menyeberangi lautan segara


Berpaksikan slogan bertransformasi
mencetus ilham merangsang intergrasi
dengan hasrat rakyat didahulukan
serta pencapaian diutamakan

Nukilan:
Muhamad Amin bin Bacho
SMK SERIAN

15 APRIL 2010