Monday, December 10, 2012


CINTA NURANI

Telah sekian lama
kusemai  benih-benih cita
kubaja dan kusiram
dengan penuh iltizam
bercambah tunas-tunas nurani
mekar berkembang penuh seri
harum dan mewangi
kubina  kawat waja
kuhalang kumbang-kumbang durjana
Cuba menabur budi
Misinya penuh iri

Pujaan hatiku
simpanlah dulu  kuntum mekarmu
aku tidak akan terburu-buru
masih jauh perjalananku
aku perlu ruang dan waktu
ibuku pernah berperi
saku nan kempis  perlu diisi
jadi, usah diragui
ini cinta nurani
akan tetap bersemi
kukuhkan janji setia
pabila sudah ranum buahnya
Insya’Allah akan kusunting jua akhirnya

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
10 Disember 2012



12

No comments: