WILAYAH
ILMU
Aku
pernah bermastautin di wilayah ilmu
duduk
di atas timbunan buku-buku
menapak
di atas hamparan baldu biru
lalu
mentelaah naskhah demi naskhah
atas
tuntutan naluri yang kian mendesah
Jari-jemari
mesra
mengetuk biji-biji aksara
kuyu
mata menatap layar mutiara
lalu
berpinar-pinar jadinya
peluh
dingin membasahi seluruh badan
itu
tanda lambakan tugasan
menunggu
untuk dilangsaikan
Bangku
siber kafe semakin hangat
melayari
maya penuh semangat
ruang
DK sentiasa padat
wajib
hadir setiap kuliah bersemuka
merungkai
segala kebuntuan yang nyata
menyelesai
persoalan yang mendera minda
Puncak
menara bersalut kepingan permata
mencakar
angkasa raya
lambang
kemegahan semua
membakar
semangat dan jiwa raga
Tiba
saat yang dinanti
berjaya
menyarung jubah dan topi empat segi
segulung
ijazah digenggam rapi
berkat
usaha tanpa jemu
longlai
kaki meninggalkan wilayah ilmu
belum
selesai perjuangan ini
akan
diteruskan suatu ketika nanti
Insya-Allah
berkat doa dan munajat
akan
tercapai hasrat.
SMK
Serian
18
Julai 2013
No comments:
Post a Comment