MENUJU MENARA JAYA
Putihnya lalang berbunga
indah dipandang mata
angkuh mendongak angkasa
ditiup pawana terbang melayang
lalu terus menghilang
berketuk ayam betina
sereban berkepak berpesta
sekampung riuh bercerita
walau telur hanya sebiji
pecah terpijak kaki sendiri
menjinjing kantung yang kembung
kaki melangkah huyung
mengelak lurah dan gaung
tersepak kerikil tajam
tersungkur lalu tersembam
Apa yang kita
usahakan
tidak semua
memberi keuntungan
sekali-sekala
menanggung kerugian
musnah di persimpangan
punah di tengah
jalan
Untuk sampai ke
menara jaya
mulakan langkah
semangat waja
pengisian ilmu
jadi nilai tambah
mulia peribadi
penuh berhemah
bijak mengadun
resipi
petah mengatur
strategi
tiang serinya
pengalaman
meratakan
lantai ketabahan
mengukuhkan pintu
ketakwaan
SMK Serian
9 Julai 2013
No comments:
Post a Comment