Monday, July 15, 2013

MUSIBAH

MUSIBAH

Ini bukan drama hikayat
untuk memikat hati peminat
ini bukan berita biasa
untuk tatapan seisi buana
ini bukan cerita baru
yang haru lagi celaru

Telah menjadi kisah resah
yang membawa musibah
yang mengundang parah
muka dan mata
sasaran utama
hilang jari
merana kaki

Skripnya baru ceritanya lama
bukan tidak ada peringatan ingatan berkala
malah amaran sering bergema
diulang tayang di layar utama
gah terpampang di dada perdana

Ibarat mencurah air di daun keladi
tiada  siapa yang ambil peduli
penganan buatan sendiri
dentuman secara tiba-tiba
akibat degil terimalah padahnya

Segunung sesalan tidak berguna
meratap pilu ayah bonda
berarak mendung awan lara
daun ketupat semakin layu
lebaran disambut sayu

SMK Serian
15 Julai 2013



No comments: