DAUN
KETUPAT SEMAKIN LAYU
Cerita
nenek moyang dahulu kala
gadis-gadis
pingitan di desa
lentik
jari-jemari mereka
menganyam
helaian-helaian pelbagai rupa
tercipta
bentuk-bentuk menawan
lalu menjadi sarung idaman
Kini,
daun nipah kian pudar warnanya
daun
kelapa kian longlai lambaiannya
daun
palas kian tumpul durinya
peranannya
kian dilupakan
kian
pupus ditelan zaman
Bukan
tiada yang mewarisi
tapi,
zaman moden kini
segalanya
perlu pantas
bergerak
umpama lipas
ketupat
Adabi dan Nona
mudah
didapat di Mall dan pasar raya
Berbungkus
plastik dikokot rapi
beras
perasa pandan wangi
direbus
pantas jimatkan masa
jadilah
ketupat segera
kuah
sate menambah perisa
dari
tin terkurung sekian lama
kurang
aroma menghambat selera
Usaha
mengekal tradisi anyaman
agar
daun ketupat segar sepanjang zaman
Muhamad
Amin bin Bacho
Bazar
Ramadan Kota Sentosa
30
Julai 2013
No comments:
Post a Comment