Saturday, July 6, 2013

JELAPANG

JELAPANG
Ini tinggalan leluhur
kiasnya luhur
madahnya  jujur
benih ditabur
tumbuhnya subur

Hutan belantara
rimba penuh paya
lalu diteroka
dengn seluruh tenaga
berkat gigih usaha
menarah dan merata
terang dan nyata

Lalu jadi jelapang
asalnya tanah lapang
saujana mata memandang
lalu menjadi  bendang

Pandangan hening
padi menguning
lumayan hasilnya
murah rezekinya
kantung penuh berkat
bermusim penuh nikmat

Rundingan angkuh
dalam suasana riuh
MoU selesai   dilakri
tanpa sebarang kompromi
anjing menyalak bukit
menjerit  kaki tersepit

Konon kekayaan harus dinikmati
penjana ekonomi peribumi
tapi kembung kocek peribadi
berdendanglah  tali kecapi
perut kenyang suka hati

 Bawa sepanduk kesah
manifestasi yang resah
biar tindakan berhemah
darah jangan tumpah
di celah tanah yang  rekah
bimbang jadi parah

Bak menarik  rambut
berselirat dan kusut
biar terurai yang serabut
damailah   yang kalut
tenanglah yang kemelut


SMK Serian
7 Julai 2013




No comments: