Tuesday, July 9, 2013

MENJELAJAH PERKAMPUNGAN SEJATI

MENJEAJAH PERKAMPUNGAN SEJATI

Menjelajh perkampungan sejati
dimanifestasi melalui imbauan
ritmanya menerawang  merdu alunan
tubuh segar diusap mesra dendangan
gelombang gemalai lembut menyapa suasana
damai dan tenteram mendakap ceria

Malamnya kerlipan bintang kejora
bersinar-sinar melambai maya
setompok awan berarak santai
bayu sepoi-sepoi manis menyapa pantai
himpunan flora senyum melambai-lambai
kelompok fauna girang penuh santai
indah berseri  melorek  kanvas seni
tersergam megah  gunung budi

Menyelusuri dua persimpangan
ke kiri mengharungi lurah pedalaman
ke kanan mendaki puncak khayalan
memilih jalan pertengahan
singgah melepas lelah
Masjid al-Hijrah
tersergam indah
lalu bermunajat penuh pasrah
semoga mendapat lindungan Allah


SMK Serian

10 Julai 2013



No comments: