Friday, July 5, 2013

HUJAN

HUJAN
Gerimis pagi  menimpa  celah-celah batu
rintik-rintik jernih mengalir  lesu
menghilir sebak di muara sendu
berhimpun lalu menyerap  pasir pilu
sebahagiannya memutih  lalu  membusa
      terdampar di tepian  pantai luka
memecah disambar badai lara
disambut ombak nestapa

Di hulu sana semakin parah
titis-titis semakin menebal dan gundah
sungai menggeliat  air ganas  melimpah
tebing meratap mengaduh lelah
terkial-kial menendang menerjah

Angin dingin mengusap dada  penuh ramah
mengalir peluh membasahi tubuh gelisah
sebahagian kita mengeluh kesah
kerana agenda tertunda resah

Ada juga yang bercanda keriangan
berenang berhibur di kolam kehidupan
melebarkan siripnya di kali idaman
galak berlompatan di lopak impian

Langit mengerang  dibedil  dentuman sakti
siraman mencurah dari takungan suci
adalah suatu rahmat kurnia Yang Maha Kuasa
kita menerimanya dengan penuh pasrah dan redha
tanpa ritual yang boleh menduakan keesaan-Nya


SMK Serian
4 Julai 2013












No comments: