Tuesday, July 16, 2013

SUNGAI INI

SUNGAI INI

Sungai ini panjang tapi berliku
dalam peta tampak macam ular kena palu
aliran airnya sungguh deras
keladak, pasir  dari hulu dibawa pantas
menuju muara
lalu mendap di sana

Di hulunya  kerikil yang tajam
setiap kembara perlu  berjinak dengan jeram
hilang kawalan bot boleh karam
terlebih  muatan boleh tenggelam

Nadi penghuni pedalaman
beras wangi minyak engkabang
ikan kelah  mampu dijinakkan
sumber rezeki lumayan

Anak-anak  dididik menjadi dewasa
tenaga pengajar  bersemangat waja
walaupun di hati kecilnya
cemas dan gundah berbaur lara
lambaian tangan  nestapa
sebak dada yang lara
namun atas tuntutan tugas hakiki
telah  ditandatangani
akujanji sudah dilakri

Menyelusuri sungai ini
perlu cekal mental dan emosi
korban yang malang di perantauan
takdir Ilahi yang menentukan

SMK Serian

16 Julai 2013



No comments: