Sunday, July 7, 2013

DALAM DIRI

DALAM DIRI
 Bicara ini
sering bersipongang ke dalam diri
bersahut-sahutan berbisik dalam  hati
semakin hebat mengusik emosi

Munculnya mesra
petah  menyapa
bayang-bayang menjelma
mengusap minda
menyentuh rasa

Ramah gurau sendanya
manis senyum tawanya
lucu jenakanya
lembut tutur katanya
menawan kerlipan matanya

Dengan tiba-tiba berubah laku
riak mukanya menjadi sendu
wajahnya pucat dan layu
matanya pejam dan kuyu
tubuhnya kering dan  kaku

Tiada dentuman guruh di angkasa
tiada ribut kencang melanda
tiada mendung mengarak lara
namun jiwa bergolak curiga
sanubari dilanda gelora
sebu dan sebak di dada

Menuntut ketenangan hakiki
semerbak mewangi
bak haruman kasturi
elak sebarang depresi
lipatgandakan amalan suci
tilawah, tahajud menyeri subuh sunyi
semoga mendapat  berkat  Ilahi



SMK Serian

5 Julai 2013


No comments: