Tuesday, December 17, 2013

SAAT INDAH SEMASA NGETEH

SAAT INDAH SEMASA  NGETEH

Seketika dalam keheningan senja
dalam perjalanan ke Hentian Mahkota
tunggangan kapcai roda dua
isteri duduk tegak  membonceng di belakangku
kusandarkan kapcai di sebalik tembok batu
semua mata bertumpu ke arahku
aku buat-buat tak tahu
lalu berjalan di samping isteriku

Mak Uteh dan Pak Uteh dari mana gerangannya?
mungkin itulah persoalan berlegar di minda mereka
lalu kami duduk di sebuah meja
dihampiri seorang gadis remaja
anak gdisku agaknya seusia
membawa sekeping nota
kupesan dua pinggan mi jawa
dua  gelas teh  panas kurang  gula

Sedang asyik menikmati resipi bonda
kami dihampiri seorang wanita
seolah-olah kenal kami berdua
lalu dia menyapa
dengan dialek bahasa ibunda
ramah sungguh rupanya  mereka
aku  membisu seribu bahasa

Lebih dua dekad kami bersama
hanya mengerti yang asas sahaja
bukan aku tak  mahu mencuba
namun kekok rasanya ketika  berbicara

Kupesan lagi secawan teh sepinggan mi
namun, dia menolak pelawaan kami
lalu dia meminta diri

kutanya isteriku
siapakah wanita itu
katanya dia temannya dulu
kerana asyik menyelongkar kisah yang lalu
aku lantas diletak ke tepi
terus menyepi
ampun dan maaf, tak buat lagi
tidak mengapalah, aku mengerti

Juadah berbaki  kuhabiskan
kubayar harga makanan
enjin kapcai kuhidupkan
menderu meluncur di atas jalan
sampai di rumah kekenyangan

Hentian Mahkota, Parit Simen
Batu Pahat
2 Jun 2013



No comments: