Monday, December 16, 2013

DUNIA AMPU DAN LOBI

DUNIA AMPU DAN LOBI

Mahu kuasa
mahu pangkat
mahu kedudukan
mahu jawatan
minta biasiswa anak
minta  projek
minta tender
namun…
ada yang kecundang
ada Lebai  Malang
jodoh belum ada
belum sampai serunya
tapi mahu segera
orang lain sudah di hadapan
kita masih jauh ketinggalan
mulalah tunjuk hormat
mulalah kerja cermat
tepuk-tepuk bahu
cakap manis bermadu
puji-memuji ampu-mengampu
di hadapan berlakon sandiwara
tapi semuanya  cerita lama
di belakang apa peduli
jadi pengiring rasmi
bawa beg bos penuh berisi
buat jamuan sana sini
bawa sampul berakri
buat temujanji
pertemuan kita berdua
tapi bersembunyi  orang ketiga
berselindung  di sebalik dinding kaca
bersalam di bawah meja
sampul bertukar tangan
boleh ditutup mulut tempayan
mulut manusia luas  ternganga
sembunyi buah durian di bawah meja
baunya dihidu juga
dicekup serta-merta
masing-masing putar bicara
sudah terhantuk kepala
apa jadi akhirnya?

Pejabat MDS Serian
5 Disember 2013




No comments: