MENUAI REZEKI
Inilah ladang kehidupan
membuahkan hasil lumayan
punca pendapatan
setelah jauh perjalanan
penuh ranjau dan duri
Di sebalik nikmat yang
diterima
terpikul satu amanah
tergalas satu tanggungjawab
tunailah penuh integriti
Ikut masa yang tepat
ikut perancangan tersurat
ikut arahan tercatat
ikut sasaran tersirat
Tiada prejudis
tiada curi tulang
tiada ampu
tiada bodek
tiada lobi
penuh cermat
dapat yang halal
Berkat kegigihan
berkat ketabahan
berkat kecekalan
berkat keikhlasan
berkat kejujuran
Inilah lubuk rezeki
hasil usaha kami
buat refleksi
jadi motivasi kendiri
apa sumbangan yang harus diberi
berkhidmat pada ibu pertiwi
jadi motivasi kendiri
apa sumbangan yang harus diberi
berkhidmat pada ibu pertiwi
ikut jalan yang diredai
untuk menyara anak isteri
syukur atas nikmat yang diberi
SMK Serian
16 Disember 2013
No comments:
Post a Comment