Tuesday, December 17, 2013

PENDEKAR PERKASA

PENDEKAR PERKASA

Berdiri gah
berdestar  bertanjak
keris tersarung sedia dihunus
wajah menyinga
misai melentik
musuh terkulai

Gagahnya pendekar
badan tak lut senjata
Itu zaman silam
kepahlawanan HangTuah
Setia teramat setia
sanggup memakan kawan
mengalir kasih di jiwa Hang Jebat
derhaka jiwa derhaka
Sanggup menanggung celaka
menjulang semangat Rentap
kudrat luar biasa mengepung penjajah
liciknya Datuk Maharajalela
Birch terpaksa akur
tusukan badek Rosli Dhobi
Duncan Steward tersungkur

Pendekar zaman sekarang
bertiup semngat Kanang
menghapus pengganas durjana
misi Lahad Datu
merekah merah bumi Sabah
inikah nama sandiwara?

SMK Serian
15 Disember 2013




No comments: