MUSIMNYA TIBA LAGI II
Musim anak ayam bersiram pagi
Musim diejek anak dara sunti
Musim ahli bomba
membuka pili
Musim Tok Mudim mengasah
belati
Musim diarak seperti pengantin
Musim berbaring di atas pangkin
Musim menggantung kain
Musim dapat layanan istimewa
Musim berehat sepenuh masa
Musim meminta apa sahaja
Musim ibu bapa mencongak duit belanja
Musim merancang agenda remaja
Musim memikir usia dewasa
Musimnya tiba sekali cuma
Hospital Serian
20 November 2013
No comments:
Post a Comment