Tuesday, August 27, 2013

KHALIFAH BUMI

KHALIFAH BUMI

Allah SWT telah mencipta para malaikat, bumi dan langit
kemudian, akan dicipta pula sejenis makhluk bernama manusia
yang akan menghuni, mengisi dan menjaga bumi
para malaikat mula resah dan gelisah
dibimbangi mereka akan lalai terhadap ibadah
bencana menimpa bumi dan akan berlaku pertumpahan darah
sedangkan para malaikat sentiasa bertasbih,
memuji dan mensuci akan kebesaran-Nya
Allah berfirman,“Sesungguhnya Aku lebih tahu akan apa yang kamu tidak tahu”
daripada segumpal tanah liat yang kering
berserta lumpur hitam yang dibentuk
setelah sempurna zahirnya
lalu ditiupkan roh ke dalam dirinya
berdiri tegaklah ia menjadi manusia sempurna
itulah asal Nabi Adam Alaihissalam
yang menghuni syurga
dengan serba-serbi kenikmatan
dengan segala kemewahan

Dalam keadaan kesepian
Adam perlukan seorang teman
ketika sedang tidur lena
lalu diambil-Nya
salah satu tulang rusuk sebelah kiri
jadilah Hawa sebagai teman sejati
bersenang-lenang di Darul Jannah
sehingga Iblis laknatullah
menabur benih-benih dakyah
buah larangan cuba dijamah
Allah jadi murka
Lalu berfiman “Tidakkah Aku telah mencegah kamu daripada mendekati pohon itu?
Dan tidakkah Aku telah mengingatkan kamu bahawa syaitan itu musuh kamu?”
mereka telah ingkar perintah-Nya
Adam pula memohon ampun, “Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami
dan telah melanggar perintah-Mu. Kami terpengaruh pujukan syaitan. Ampunilah
dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang
rugi apabila Engkau tidak memberi keampunan dan mengasihani kami.”
Allah mengampunkan dosa kedua-duanya

Adam dan Hawa diturunkan ke bumi
musnahlah harapan mengecap nikmat yang abadi
di sanalah mereka menghuni
takdir Allah menentukan segalanya
hiduplah kedua pasangan
dengan penuh dugaan dan cabaran
mereka dikurniakan zuriat
kembar putera Habil dan Qabil
kembar puteri Labuda dan Ikrima
pertumpahan darah yang pertama di muka bumi
dua bersaudara dengki dan iri
Qabil punya angkara
Habil jadi mangsa

Sombong, bongkak dendam dan iri
masih bermaharalela hingga kini
darah masih lagi tumpah di bumi
lihat sajalah bumi Mesir, Gaza dan Syria
angkara rakus, nafsu serakah dan gila kuasa
itulah janji syaitan yang dilaknat
menyesatkan manusia hingga hari kiamat

SMK Serian
28 Ogos 2013

No comments: