Thursday, August 1, 2013

INILAH MEJA KERJAKU

INILAH MEJA KERJAKU

Inilah meja kerjaku
di atasnya  resah   menunggu
bilah-bilah tugas
sedia untuk digalas

Digandingkan bersama
sebuah kerusi beroda
yang empuk dan selesa
memudahkan pergerakanku
menghurai helai yang  celaru

Di sisinya berdiri megah
gerobok-gerobok gagah
benuh berisi buku-buku  ungu
penuh kandungan khazanah ilmu
kubaca dan kutelaah  selalu

Kuketuk papan kekunci
mengadun keserasian resepi
untuk dikunyah dan dihirup bersama
anak didikku yang  sentiasa lapar dan dahaga

Agenda transformasi NKRA
gerakerja sentiasa berlipatganda
tuntutan  PBS, SAPS, KPI perlu dilaksana
jadi, meja kerjaku menguntum senyuman manja
menyuntik semangat gigih berusaha
api kejayaan kian membara



SMK Serian

1 Ogos 2013




No comments: