Thursday, August 15, 2013

CINTA TERBABAS

CINTA TERBABAS

Akibat cinta terlarang
tingkahnya sumbang
mahramnya jadi sasaran
nafsunya  bersifat kebinatangan

Daun hijau kekuningan  lalu bertaburan
rumput di bumi ketandusan
kelapa muda ditebuk tupai gelandangan
air di danau kekeringan
itik berenang  menggelupur kehausan

Semuanya memekakkan telinga
semuanya membutakan mata
dek kerana setitik nila
susu sebelanga rosak binasa
nasi ditanak bubur jadinya
kucing mengidam ikan di para
semerbak baunya membangkit selera

Cinta yang dirahmat
jika berlandaskan syariat
cinta yang dilaknat
jika syaitan  yang menjadi  sahabat

Akibat salahlaku ibu dan bapa
lahirlah zuriat putih tanpa sebutir dosa
pewaris di sebalik wajah duka
insaflah sebelum ditiup sangkakala
sementara pintu taubat masih terbuka


Taman Tasik Danu, Serian
11 Ogos 2013


No comments: