Tuesday, January 28, 2014

MADU

MADU

Secawan  madu
dari tualang di hutan
dihirup bersama sebiji telur ayam kampung
yang mentah dan hanyir
bukan telurnya yang sedap
adunan dua unsur itu
khasiat yang tersirat

Madu yang ini
bukan sekadar sukatan secawan
tapi sebenar amat pahit
kerana asal-usulnya
dari desa sebelah
khasiatnya mendera emosi
bilakah  manisnya akan terasa?
kerana niat yang  tidak  ikhlas

Konon ini sunnah  nabi
boleh ikut kehendak  hati
banyak lain yang muakad
amat dituntut untuk dibuat
namun, sengaja dilengahkan

Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian

28 Januari 2014

No comments: