KANGKUNG OH KANGKUNG
Maharaja China bertanya
makanan kegemaran orang Melaka
lalu Tun Perpatih Putih berkata
kami gemar makan sayur kangkung
dimasak panjang tanpa dipotong
Terlalu ingin menatap wajah baginda
duduk bersemayam di atas mungkur kaca
terbina dalam bentuk kepala naga
siapa memandang mengundang celaka
rombongan berlutut dan sujud
semua
menghadap hidangan juadah istimewa
semasa dimamah mendongak kepala
dapatlah peluang keemasan
tiada siapapun perasan
inilah legenda penuh helah
penampilan penuh berhemah
Sayur yang hebat
Rasanya lazat
penuh berkhasiat
herba yang boleh jadi ubat
tumbuhnya subur merata tempat
Liputan meluas media perdana
konon sudah turun harganya
terkilan mereka di atas sana
tiada siapa yang mensyukurinya
hanya paparan sinis melalui maya
Muhamad Amin bin Bacho,
SMK Serian
14 Januari 2014
No comments:
Post a Comment