Friday, January 24, 2014

ISLAMLAH KITA

ISLAMLAH KITA

Kitapun Islamlah
dengan terlafaznya kalimah syahadah
Asyhadu Allah Ilaha Illallah
Wa Asyhadu anna Muhamad Rasulullah
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Dan Muhamad itu  pesuruh Allah

Islamlah kita
jika amalan semua
berlandaskan kitab al-Quran dan sunnah nabi
yang menjadi panduan ke jalan yang diredai

Islamkah kita?
jika mengabai rukun yang lima
rukun imam entah ke mana
yang sunat diutama
mengabai solat fardu
jalan yang rancu
duduknya celaru

Adakah Islam kita hanya di luar?
perlu seimbang jasmani dan rohani
nurnya perlu meresap di sanubari
jangan hanya pada nama
orang puasa kitapun puasa
jadi, penghayatannya perlu menyeluruh

Assolatu imaduddin
solat itu tiang agama
jika semuanya condong
jalanpun jadi huyung

Yang rebah kita bangunkan
yang senget kita tegakkan
yang kelam kita terangi
yang pudar kita hiasi
kita imarahkan surau dan masjid
kita kumandangkan irama tauhid


Muhamad Amin bin Bacho
Masjid SM Sains Utara
Matang Jaya Kuching

10 Januari 2014






No comments: