Friday, April 18, 2014

UJIAN GETIR DAN NIKMAT

UJIAN GETIR DAN NIKMAT

Allah  Subhana Wataala  menurunkan pelbagai  ujian
agar hamba-Nya sentiasa dalam keimanan
saat getir  diturunkan penuh kesakitan
menguji  bagaimana menghadapi cabaran
kenikmatan  bukan sekadar manis ditelan
tapi satu ujian yang penuh ketakwaan
menguji bagaimana hamba-Nya membuat agihan
segala nikmat kesenangan
untuk dikongsi kepada mereka yang ditimpa kesusahan

Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
18 April 2014


No comments: