Saturday, April 12, 2014

INILAH GAGASAN PERDANA

INILAH GAGASAN PERDANA

Satu transformasi negara
ilham peneraju utama
terasnya satu bangsa
jadilah  satu Malaysia

Etnik pelbagai keturunan
budaya pelbagai amalan
adat resam pelbagai aturan
tutur kata  pelbagai ujaran

Berjalan seiringan
duduk berdampingan
berlari satu haluan
meneroka satu tujuan

Berjamu semeja hidangan
beriadah sepadang permainan
bertamu semangat kejiranan
menggapai satu impian

Yang tinggi sama didaki
yang lurah sama dituruni
yang indah sama dinikmati
yang payah sama dikongsi

Inilah gagasan perdana
samalah kita jayakannya
inilah doa kami semua
semoga berjaya selama


Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
12 April 2014



           












No comments: