Monday, November 4, 2013

UMAT WASATIYYAH

UMAT WASATIYYAH

“Ummatan wassatan”
yang adil dan menjadi pilihan
bercirikan kesederhanaan
sederhana dalam pembawaannya
bukan melampau dan tidak keterlaluan
dalam kepercayaan dan amalan

Keberadaannya di pertengahan
segala urusan dititikberatkan
tidak memandang ringan
segala  yang diusahakan
terselindung  mahupun kelihatan
dunia akhirat tidak diabaikan

Taat dan patuh kepada perintah Allah
berlandaskan sunnah Rasulullah
berpandukan kitabullah
apa sahaja  yang menjadi  masalah
diselesaikan secara telus muzakarah

Wasatiyyah sentiasa berseri
umatnya yang terbaik dalam segala segi
kaya yang tidak lupa diri
sentiasa membangunkan  akal dan budi
sentiasa memuji
akan kebesaran Ilahi

Thagut adalah  konsep yang berlawanan
sesuatu yang melampaui batasan
segala aspek yang berkaitan
berhala  yakni al-asnam, al-ansab dan al-ausan
segala konco-konco Iblis dan syaitan
al-kahin atau  ilmu berkaitan perbomohan

Thagut adalah amalan jahiliah
sesat pemikiran dan akidah
undang-undang tanpa lunas syariah
merujuk atau menyelesaikan masalah
khufur kepada thagut iman seseorang tidak sah
menyembah selain Allah

Itulah kekhufuran yang maha dahsyat
umat yang ingkar dan sesat
segera bertaubat
jadi, wasatiyyah jalan yang selamat
Allah akan memberi  rahmat
Yang berkuasa melakukan kudrat dan iradat
 
      SMK Serian,
       5 November 2013
      1 Muharram 1435

   

No comments: