Tuesday, November 19, 2013

MUSIMNYA TIBA LAGI II

MUSIMNYA TIBA LAGI II

Musim anak ayam bersiram pagi
Musim diejek  anak dara sunti
Musim ahli bomba  membuka  pili
Musim Tok Mudim mengasah  belati
Musim diarak seperti pengantin
Musim berbaring di atas pangkin
Musim menggantung kain
Musim dapat layanan istimewa
Musim berehat sepenuh masa
Musim meminta apa sahaja
Musim ibu bapa mencongak duit belanja
Musim merancang agenda  remaja
Musim memikir usia dewasa
Musimnya tiba sekali cuma

Hospital Serian

20 November 2013

No comments: