Monday, November 18, 2013

YOLANDA

YOLANDA

Apa sahaja namanya
Haiyan atau Yolanda
engkau adalah  utusan Yang maha Esa
memberi amaran kepada mereka
yang ingkar akan perintah-Nya
kerana mereka memusnahkan rumah-Nya

Takziah ke atas keluarga
Yaacob Macainas, Hakim Usman, Rajid Batalo
sesungguhnya kematian kalian
mempertahankan kesucian agama
      akan ditempatkan di makam istimewa

Kerana kedegilan
kerana keegoan
kerana kerakusan
tiada belas kasihan
tiada perikemanusiaan
tiada keprihatinan

Hukuman-Nya  segera
supaya mereka membuka mata
namun anggapan mereka
itu hanya  fenomena biasa
memang  musimnya tiba

Tiada timbul kesedaran
mereka tetap dengan keangkuhan
betapa dahsyatnya suatu tragedi
tiada terhitung korban yang ngeri

Bagi kami di sini
kami sudah hantar satu misi
itu sahaja yang dapat kami beri
betapa berat pandangan kami
tanggungan tuan kami simpati

SMK Serian
18 November 2013





No comments: