Saturday, November 24, 2012


TERUNGKAINYA SUATU RAHSIA
(Al-Fatihah buat Allahyarham anakanda Nurin,
Takziah setulus hati buat keluarga Allahyarham)

20 Ogos membuka tirai  kekejaman malam  menyayat hati
haru dan pilu menyelubungi setiap penghuni warga sejati
tawaran ganjaran lumayan
namun itu bukanlah sasaran warga budiman
juga bukanlah habuan yang jadi rebutan
nyawa si anak malang yang harus diutamakan

17 September menjawab  segala misteri
meluas paparan media berita sensasi
di dalam sebuah beg pakaian  tersembunyi
sekujur tubuh pucat lesi  nafas tiada lagi
bersaksikan paparan CCTV yang sukar dianalisa
ketepatan ujian DNA merungkai segalanya

Siapalah gerangannya?
angkara dalang durjana
iblis yang bertopengkan manusia
kebuasannya bagai haiwan celaka
jangan biarkan ia terus bermaharajalela
muka pengadilan pemutus segala bicara

Biarlah tragedi ngeri  menyayat hati ini
menjadi iktibar setiap penghuni warga sejati
kealpaan ibu bapa juga penyumbang  bencana
setelah 50 tahun negara  merdeka
kelicikan modus operandi jenayah semakin berleluasa
berhati-hatilah  sebelum musibah  menimpa

Nukilan:

Muhamad Amin bin Bacho

Sekolah Menengah Kebangsaan Serian.
September 2007

No comments: