GAZA: KAU AKAN SELAMAT JUA
Api
dendammu kian membara
tanpa belas
kauterus mara
serakahnya
peluru-peluru berpandu
angkuh
menembusi dada-dada syahdu
kerakusan dan keegoanmu
telah
meragut ratusan nyawa
ribuan lagi
lemas tak bermaya
Regim
Zionis yang celaka
kami tak
akan berdiam sahaja
usah fikir kauboleh
terus bermaharalela
kami akan
teus bermunajat
bersendikan
doa dan solat hajat
apa sahaja
jenama yang kaubanggakan
semuanya
akan kami pinggirkan
Warga Gaza
dengan
semangat waja
dengan
penuh redha dan taqwa
tegak
berdiri bersamamu
kami akan
membidik senjata-senjata restu
Walaupun keringat pilu
gagah kami
bersatu
demi
kesinambungan leluhur
yang telah
lama tersungkur tanpa kubur
Bersama kesucian dan keikhlasan hati
kusajikan sejambak doa dan simpati
semoga
mendapat restu Ilahi
Cetusan
rasa:
Muhamad
Amin
SMK Serian
23 November
2012
No comments:
Post a Comment