Tuesday, November 27, 2012


MAHKOTA BERDURI

Tanpa singgahsana
semayamnya bukan di istana
durinya adalah mahkota
dusunnya adalah takhta
hanya kerana paras rupanya
lalu dinobat  sebagai raja
segala buah akur padanya

Bermusim hadirnya
sentiasa ditunggu kelibatnya
gigih  pakar di makmal R & D
giat membuat ujikaji
kini aromanya tetap mewangi
sepanjang tahun tetap bersemi

Para usahawan tidak menyepi
giat menangguk rezeki
supaya  cepat kantung diisi
galak memintal helah
timbunan-timbunan  yang ramah
terselit duri-duri gelisah
ada biji-biji yang resah

Nukilan:
Muhamad Amin
27 November 2012



No comments: