Friday, August 8, 2008

Selamat Datang 2008

Rasanya masih belum terlambat
Mengucapkan selamat datang 2008
Selamat tinggal 2007
dengan pelbagai nostalgia

Kekejaman malam menyayat hati
korban Nurin Jaslin masih diratapi
jalang dan dalang masihkah bersembunyi?

Mat ragut mat rempit
masih teruskan agenda pahit?
atau sudah mengubah haluan keinsafan?

Yang manisnya
Dr Sheikh Muszaphar Shukor
mengukir nama di persada dunia
Menjadi idola seluruh generasi berwawasan

Kalendar 2008 mula dibuka
kehilangan Sharlinie
masih menjadi misteri
adalah rentetan
peristiwa ngeri Nurin Jaslin

Minyak sawit pula
mencetus kontroversi
cerminan manusia
mengisi kantung peribadi
memaksa campurtangan para menteri

Ops demi ops dilancarkan
bangga dengan angka sudah menurun
namun tragedi ngeri masih menghantui perasaan
bilakah akan menjadi sifar?

Batu-batu tajam bakal diharungi
menadah tangan memohon limpah-Nya
dalam mengharungi ombak 2008
siap sedia menghadapi arus cabaran
akan menjadikan kita lebih matang

Ilham: Cikgu Muhamad Amin bin Bacho
SMK SERIAN

No comments: