Friday, August 8, 2008

Refleksi Diri (Buat teman-teman yang bakal menerima APC 2009)

Cemerlangkah semua
Jika tinta penanya
gersang di tengah segara?

Gemilangkah semua
Jika nanyian lagunya

kelu tanpa nada?

Terbilangkah semua
Jika langkah tarinya
sumbang tanpa irama?

Cemerlanglah
Gemilanglah
Terbilangah
jika tinta penamu
bermadah di laut ilmu
jika tari dan lagumu
gemalai bersulam merdu

Menenang yang kalut
menghurai yang kusut
menampal yang rabak
menghibur yang sebak

Ayuhlah bermuhasabah diri
lalu membuat refleksi

Ilham:Muhdamin Bacho
Dewan Masyarakat Serian
Sempena Majlis APC
Peringkat Bahagian Samarahan
2 April 2008

No comments: