Tuesday, March 18, 2014

MISTERI KEHILANGAN MH370

MISTERI KEHILANGAN MH370

Di manakah geranganmu?    
adakah kehilanganmu kerana:
bersembunyi?
disembunyikan?
 tersembunyi?

Jika bersembunyi
bermakna sengaja melakukannya
jika disembunyikan
bermakna tanpa kerelaan
jika tersembunyi
bermakna  tidak disengajakan

Kehilanganmu  masih jadi jadi misterii
belum ada petunjuk pasti
keluar segala teori
pelbagai spekulasi
masih berteka-teki

Teknologi  aeroangkasa
kepakaran luar negara
radar dan setelit berbicara
kebuntuan masih bermaharajalela
syaman dan mistik mencelah arena
kehadirannya disanggah segera
lantaran bercanggah amalan agama

Pulanglah segera ke pangkuan bonda
kepulanganmu sebagai pengubat hati nan duka
kami tidak putus memohon doa
itulah yang mampu kami laksana

Jika berkecai sekalipun jasadmu
kami  pasrah dan reda menerimamu
jika itulah ketentuan yang Maha Esa
kami   tetap mengharap yang terbaik daripada-Nya

Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian

18 Mac 2013

No comments: