Sunday, March 16, 2014

GURINDAM MH370

GURINDAM MH370

Hilangmu menjadi misteri
misi segera dikerah mencari

Banyak negara memberi bantuan
belum ada lokasi dikesan

Satelit dan radar cuba dirujuk
belum menerima sebarang petunjuk

Keluarga penumpang semakin gundah
kaunseling diberi supaya  tabah

Bomoh agung memberi khidmat
segera dibantah kerana khurafat

Doa tafakur mengikut kepercayaan
semoga usaha dapat perkenaan

Jika di udara mohon  diturunkan
jika di laut mohon ditimbulkan

Jika di darat mohon  dijelmakan
mohon semua dalam lindungan

Peneraju utama memberi wadah
sebagai petunjuk kurangkan resah

Elakkan sebarang spekulasi
biar  pakar  membuat resolusi

Semoga selamat semuanya
kuasa mutlak  Yang Maha Esa

Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
16 Mac 2014









No comments: