Thursday, October 24, 2013

SYUKUR, SABAR DAN ISTIGHFAR

SYUKUR, SABAR DAN ISTIGHFAR

Ucapkanlah “Alhamdulillah”
yang menunjukkan kesyukuran kita
kerana mendapat limpahan nikmat
kurniaan daripada Yang Maha Esa
tiga rukun syukur
mengakui bahawa kenikmatan itu datangnya daripada Allah
mengakuinya secara lisan
dan, menggunakan kenikmataan itu
untuk mendapat keredhaan Allah
Allah menguji hamba-Nya
ujian ditempuh dengan kesabaran
sabar itu merupakan
separuh daripada iman
satu sifat mahmudah
wajib dimiliki oleh setiap umat  Rasulullah
menahan diri daripada perasaan amarah,
menahan diri daripada segala keluhan
menahan diri daripada kemaksiatan
seungguhnya, ujian Allah itu
bukan bermaksud membinasakan hambanya
sebaliknya menguji sejauhmana pengabdian kita terhadap-Nya
merobek, menampar, membaling sekadar menyebut contoh
adalah lambang keangkuhan
tanda kurangnya keimanan
semasa kelapangan mahupun kesempitan
ibadat tetap ditunai
sesungguhnya, usaha syaitan laknatullah
untuk menyesatkan manusia
berlaku setiap detik dan ketika
tidak mengira sesiapa sahaja
hanya menunggu saat kita alpa
beristighfarlah
bertaubatlah dengan lafaz
“Astaghfirullahalazim”
memohon keampunan daripada-Nya
ketika kita
dalam kekhilafan
dalam kecurangan
dalam kealpaan
melakukan dosa-dosa yang keji
menganiaya diri sendiri
sesungguhnya Dia
maha menerima taubat
maha pengampun
maha penyayang
maha mengasihani
maha pemurah
sesungguhnya matlamat sebuah kehidupan
menuju ke arah   kesempurnaan
mendapat berkat, iradat dan syafaat
sejahtera dunia dan akhirat

SMK Serian
24 Oktober 2013


No comments: